COVID-19: KKM LAPORKAN 2 KEMATIAN DAN 834 KES BAHARU HARI INI, SABAH...

COVID-19: KKM LAPORKAN 2 KEMATIAN DAN 834 KES BAHARU HARI INI, SABAH KEKAL TERTINGGI DENGAN 503 KES

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan seramai 900 orang pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 23,120 kes (69.30%).

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri SABAH masih kekal merekodkan penyumbang utama kes positif tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak  503 KES daripada keseluruhan 834 KES hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 33,339 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,036 kes.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 2 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

DARIPADA 834 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat Tiga (3) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 831 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut laporan itu juga, sebanyak 91 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM turut berdukacita memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kes kematian direkodkan hari ini iaitu daripada Sabah (Kota Kinabalu & Sandakan), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 251 kes (0.8%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (2 Nov) sebanyak 503 KES daripada keseluruhan 834 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)