AS Kecam Kenyataan Pegawai Parti Pemerintah India, Hina Nabi Muhammad SAW

AS Kecam Kenyataan Pegawai Parti Pemerintah India, Hina Nabi Muhammad SAW

0
SHARE

WASHINGTON, AS – Amerika Syarikat (AS) mengecam kenyataan dua pegawai parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) yang telah menghina Nabi Muhammad (SAW)

Kenyataan pegawai pemerintah India tersebut, telah mencetuskan kekecohan di negara-negara Islam.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, AS membidas komen menyinggung yang dibuat oleh dua pegawai BJP.

“Kami kerap berhubung dengan kerajaan India mengenai kebimbangan hak asasi manusia termasuk kebebasan beragama atau kepercayaan,” katanya.

Nupur Sharma yang merupakan seorang ahli politik dan jurucakap parti BJP pada 26 Mei lalu membuat kenyataan di televisyen tentang isteri nabi tersenut sehingga mencetuskan demonstrasi di seluruh dunia Islam.

Kenyataan itu mencetuskan protes diplomatik bukan sahaja di Pakistan tetapi di negara-negara Arab yang biasanya menikmati hubungan rapat dengan India.

Di Bangladesh, penunjuk perasaan telah menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang merupakan sekutu rapat India mengutuk kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, BJP turut menggantung keanggotaan Sharma dan Naveen Kumar Jindal iaitu seorang lagi tokoh dalam parti berkenaan yang dituduh membuat ciapan di Twitter tentang Nabi Muhammad SAW.