Allianz Malaysia Bantu Tingkat Kesedaran Penduduk Tawau Tentang Keselamatan Kebakaran

Allianz Malaysia Bantu Tingkat Kesedaran Penduduk Tawau Tentang Keselamatan Kebakaran

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam meningkatkan kesedaran penduduk terutama di Tawau mengenai keselamatan kebakaran rumah termasuk keperluan perlindungan insurans dan laporan kebakaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Sean Wang yang dipetik Bernama berkata, kerjasama melalui pelaksanaan forum media bertajuk ‘macam mana bha mau jaga rumah’ yang diadakan secara dalam talian itu dapat memperkasakan komuniti dengan ilmu demi melindungi rumah dan keluarga tersayang.

“Menurut bomba terdapat 162 kejadian kebakaran melibatkan rumah, lot kedai, kenderaan dan lalang berlaku di Tawau pada tahun lepas…

“Untuk itu misalnya, Allianz General menawarkan Allianz KampungKu dengan menyediakan perlindungan asas untuk rumah kampung dan isi rumah daripada risiko kebakaran, banjir dan ribut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menyediakan pelbagai jenis produk perlindungan termasuk Allianz PerlindunganKu untuk kemalangan dan penyakit.

“Dalam kejadian kebakaran, penuntut yang berhak untuk insurans kebakaran ialah mangsa, pemilik rumah atau penyewa rumah dengan penuntut memerlukan laporan kejadian kebakaran iaitu salinan laporan kebakaran atau kecemasan (SLKK),” katanya.

Sean berkata orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Allianz KampungKu serta pelbagai produk perlindungan lain dengan melayari laman web https://www.allianz.com.my/personal/home-motor-and-travel/home.html.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Zulbada Alior berkata usaha memadamkan kebakaran pada lima minit pertama adalah penting dalam mencegah kerosakan serius.

“Apabila tiba di tempat kejadian, keutamaan juga memastikan tiada bahaya yang lebih teruk kepada nyawa dan kerosakan pada aset serta hartanah,” katanya lagi.