Saintis China Dedahkan Air Boleh Wujud Di Bulan

Saintis China Dedahkan Air Boleh Wujud Di Bulan

0
SHARE

BEIJING – Santis-santis di China mengesahkan bahawa terdapat tanda-tanda bahawa air boleh hadir di dalam batu di bulan setelah melakukan beberapa ujian.

Perkara itu didedahkan menerusi satu artikel yang ditulis dalam majalah Nature Communications dan diterbitkan pada minggu ini.

Saintis-saintis itu melakukan ujian berdasarkan kepada batu-batu dan tanah yang diambil oleh kapal angkasa Chang’e 5 yang mendarat di bulan pada Disember 2020.

Liu Jianjun dari Balai Cerap Astronomi Negara di Beijing berkata, peralatan Chang’e 5 mengukur kehadiran hidroksil yang juga penunjuk tentang kehadiran air.

“Dalam memproses dan mentafsir data, kami mempertimbangkan pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran kami, seperti suhu permukaan bulan dan pengaruh masa nyata daripada matahari,” kata Jianjung iaitu pengarang utama artikel tersebut.