Dua Kereta Pacuan Empat Roda Bertembung Trailer di Papar

Dua Kereta Pacuan Empat Roda Bertembung Trailer di Papar

0
SHARE

PAPAR: Dua lelaki cedera parah manakala seorang lagi mengalami cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pan Borneo Jambatan Simpudu pada petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Hamdani Harith berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.55 petang. 

Susulan itu katanya, seramai 10 anggota pasukan bomba dari BBP Papar telah dikejarkan ke lokasi bersama dengan agensi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Toyota Single Cab, Toyota Double Cab dan Trailer yang membawa muatan excavator.

“Dua mangsa dari kedua kereta pacuan empat roda yang juga merupakan pemandu dilaporkan mengalami cedera parah, manakala pemandu trailer hanya mengalami cedera ringan. 

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Papar menaiki jentera ERMS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 6.23 petang.