
KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) mencatatkan seramai 474 orang membabitkan empat daerah termasuk satu daerah kecil setakat jam 8 pagi tadi.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Kebudayaan Penampang kekal mencatatkan seramai 285 orang.
Manakala jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sri Putatan kekal seramai 138 orang.
Sementara itu, mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran dan Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli masih kekal di mana masing-masing mencatatkan seramai 33 dan 18 orang.