Penduduk Kg Loro Kecil Berdepan Pengusiran,Tuntut Penjelasan

Penduduk Kg Loro Kecil Berdepan Pengusiran,Tuntut Penjelasan

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Lebih 280 penduduk Kg Loro Kecil di Kudat bakal kehilangan tempat tinggal apabila perkampungan berkenaan dikhabarkan sudahpun diambialih oleh pihak lain.

Menurut Ketua Kampung KK Jeffry Andorog, perkampungan Loro Kecil yang di dakwa berusia lebih 60 tahun itu kini dicerobohi oleh pihak tertentu dan dikhabarkan sudah di ambil.

“Kami memohon penjelasan terhadap perkara ini kerana kami penduduk kampung di sini tidak dimaklumkan apa-apa (tiada perundingan awal),” jelas Jeffry.

Naib Ketua Bahagian Star Tanjung Kapor, Sdr Shawn Davey yang turut berada di perhimpunan kecil bantahan itu menjelaskan bahawa terdapatnya kemungkinan besar para penduduk di kampung berkenaan akan di usir keluar jika benar tanah perkampung tersebut sudah di pindah milik.

“Saya dihubungi oleh penduduk kampung bagi mendapatkan bantuan dan apa yang saya difahamkan ialah mereka menuntut penjelasan daripada pihak sebelah bagi menjernihkan situasi ini…

“Ramai kalangan warga emas tinggal di kampung Loro Kecil ini dan ada yang sudah mencecah lebih 80 tahun usia mereka dan ini bermakna perkampungan ini sudah lama wujud,” kata Shawn lagi.

Turut hadir dalam piket aman itu ialah mantan Ketua Kampung Sdr Justin Magempit dan peguam Rhubaica Munira Abdul Samat (Tetuan Messrs Sally Lu & Co.) bagi pihak penduduk kampung Loro Kecil.