Shafie Apdal Digelar “Bapa Pengumuman”, Giliran Rahman Dahlan Pula Senarai Projek Diumum...

Shafie Apdal Digelar “Bapa Pengumuman”, Giliran Rahman Dahlan Pula Senarai Projek Diumum Belum Dilaksana

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Selepas Datuk Seri Shafie Apdal mendapat gelaran “BAPA PENGUMUMAN” oleh netizen dan Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), kini giliran Datuk Seri Rahman Dahlan turut mengeluarkan senarai janji-janji projek yang telah diumumkan oleh Shafie sejak 2018 tetapi belum lagi dilaksanakan sehingga kini.

Melalui entri terbaharu melalui laman sosial Facebook milik Rahman hari ini menulis, “apa sudah jadi kepada pengumuman demi pengumuman kerajaan Warisan sejak mereka menjadi kerajaan?”

“Mungkin ramai yang lupa. Izinkan saya senaraikan sebahagian daripada pengumuman tersebut”.

28.09.18 -> RM2 bilion pelaburan dari China, 3,000 peluang pekerjaan.

Shafie pada 28 Sept 2018 mengumumkan pelabur akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber Foto dipetik daripada portal tempatan)
Kenyataam Shafie pada 28 Sept 2018 yang menyatakan pelabur akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber Foto dipetik daripada portal tempatan)

27.03.19 -> RM13 bilion pelaburan oleh Burel Industries Sdn Bhd, Petrochemical Plant di POIC Lahad Datu.

24.04.19 -> RM20 bilion MOU ditandatangani bersama oleh Ketua Menteri dan Gabenor Jiangxi, pelaburan hartanah dan industri berasas kaca dan sebagainya.

Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)
Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)

17.04.19 -> RM5.2 bilion landasan keretapi sepanjang 175km dari Kota Kinabalu ke Kudat.

Shafie Apdal melalui Peter Anthony juga pernah mengumumkan akan melaksanakan projek laluan kereta api laluan Kudat ke Kota Kinabalu bernilai RM5.2 billion tetapi sehingga kini ianya hanya tinggal pengumuman sahaja…(Sumber foto dipetik daripada Harian Ekspress Online)

04.05.19 -> RM3 bilion pelaburan oleh Yayasan Sabah dan pelabur China untuk industri pembuatan kaca.

03.07.20 -> Apakah pengumuman projek RM7 bilion projek di Meruntum, Lok Kawi dan pelaburan RM350 juta di Oceanus akan berdepan dengan nasib yang sama?

Portal berita tempatan turut menyiarkan majlis menandatangangi perjanjian projek berjumlah 7 billion yang diumumkan oleh Shafie…

Rahman berkata lagi, “sementara kita berbincang mengenai status pengumuman demi pengumuman oleh kerajaan Warisan, elok juga kerajaan Warisan memberi ‘Status Update’ mengenai beberapa isu-isu tertunggak yang lain di antaranya;

1. Pengumuman pembinaan Pelabuhan air dalam di Kudat

2. Pengumuman pembinaan Kluster Pembuatan Perabut di POIC Sandakan

3. Pertikaian undang-undang antara kerajaan Warisan dan Prestasi Pelangi mengenai syarat-syarat tambahan konsesi balak

4. Pertikaian undang-undang kerana keputusan kerajaan Warisan membatalkan penamatan kontrak konsesi air

5. Pertikaian undang-undang mengenai penamatan kontrak perkhidmatan CEO-CEO yang mengetuai GLC kerajaan negeri.

Rahman berkata lagi “tiga isu terakhir diatas adalah isu undang-undang dan boleh membawa kesan kewangan besar kepada kerajaan negeri jika kerajaan di dapati bersalah.”

“Saya harap kerajaan Warisan selesaikan dulu pengumuman demi pengumuman projek terdahulu sebelum projek Meruntum diteruskan dan akhirnya tanah Yayasan Sabah yang bernilai ratusan juta akan terikat, tersangkut dan terjebak dalan pertikaian undang-undang dengan syarikat swasta tersebut untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang.”

“Yang rugi nanti Yayasan Sabah dan rakyat Sabah,” Rahman berkata lagi.

Datuk Seri Rahman Dahlan…