Masiung Jamin Tidak Beri Ruang Syarikat Luar Monopoli Tanah Rizab Kerajaan di...

Masiung Jamin Tidak Beri Ruang Syarikat Luar Monopoli Tanah Rizab Kerajaan di Tongod

0
SHARE

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah memberi jaminan tidak akan memberi ruang kepada syarikat luar memonopoli tanah rizab kerajaan untuk pembangunan ladang dan mineral di daerah itu.

Beliau bertegas untuk memberi keutamaan kepada penduduk asal Tongod terlebih dahulu bagi memohon dan memperolehi geran Anak Negeri (NT) atau secara Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

“Saya telah memperkenalkan polisi baharu sejak mengambil alih sebagai Wakil Rakyat di Kuamut pada 2008 untuk membekukan mana-mana permohonan baharu syarikat daripada luar.

“Polisi itu bagi mempastikan kerajaan tidak akan meluluskan pengambilan tanah rizab kerajaan oleh syarikat gergasi melainkan terlebih dahulu diberi keistimewaan kepada penduduk asal daerah ini,” katanya.

Masiung ditemui selepas menyampaikan ucapan di Majlis Pesta Kaamatan peringkat daerah Tongod di dewan Entilibon yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam pada Ahad.

“Sejak mula menjadi Wakil Rakyat Kuamut pada 2008, saya terkejut terdapat lebih 90,000 ekar tanah bergeran dikuasai oleh syarikat-syarikat perladangan daripada luar.

“Kerana itu, kita telah mengambil pendekatan memperkenalkan polisi supaya penduduk mendapat peluang memohon tanah dan memperolehi geran persendirian.

“Sementara, penduduk kampung di Tongod pada masa itu hanya memilikii 9000 ribu ekar tanah, di mana mereka terpaksa menunggu antara 30 hingga 40 tahun untuk mempelihi geran tanah,” katanya lagi.

Masiung melahirkan rasa syukur, sehingga pada hari ini sudah lebih 100,000 keping geran tanah dikeluarkan dengan kapasiti 10 ekar seorang penduduk kampung yang menatap di daerah Tongod.

Lebih 3,000 pengunjung direkodkan menghadiri Pesta Kaamatan tersebut termasuk pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.