GLC Perlu Fokus Impak Rakyat – Masidi

GLC Perlu Fokus Impak Rakyat – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu kembali kepada peranan asal sebagai pemacu ekonomi dan agen transformasi sosial, bukan sekadar mengejar keuntungan.

Beliau berkata, Majlis Ketua Eksekutif Sabah (MAKES) merupakan platform yang menghimpunkan ketua-ketua eksekutif GLC dan agensi negeri bagi menyelaras hala tuju serta memperkukuh kerjasama.

“GLC tidak boleh dilihat sekadar sebagai entiti komersial… sebaliknya perlu berperanan sebagai pemacu ekonomi dan agen transformasi sosial yang bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, cabaran seperti budaya kerja silo dan kurang fokus kepada impak perlu ditangani melalui kolaborasi strategik antara agensi.

“Kejayaan tidak lagi bergantung kepada kekuatan satu organisasi semata-mata, tetapi keupayaan untuk bekerjasama secara strategik dan bersepadu,” katanya.

Masidi turut menegaskan setiap inisiatif perlu memberi manfaat langsung kepada rakyat, selain menjadikan MAKES sebagai platform perubahan yang mampu memacu pembangunan negeri secara lebih berkesan.