KOTA KINABALU, SABAH – Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj Mulia mencadangkan agar anak jati Kota Belud dipilih dalam pemilihan calon mewakili GRS atau Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan momentum kemenangan di Kota Belud.
Memetik laporan portal media tempatan Sabah, Pandikar yang juga Ketua Penyelaras Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P.169 Kota Belud berkata, Kota Belud masih mempunyai ramai pemimpin di kalangan veteran dan anak muda untuk di ketengahkan sebagai calon pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Pandikar berkata “tidak perlu rasanya pemimpin dari luar mencalonkan diri buat masa ini kerana Kota Belud itu sendiri sudah melahirkan ramai pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia”.
“Sebagai Ketua Penyelaras GRS Parlimen Kota Belud, kita berpegang kepada amanat pucuk pimpinan (GRS) YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor dalam mengendali mahupun mentadbir kawasan parlimen ini.”
“Kita juga boleh mengajukan pandangan kepada YAB Datuk Seri kerana kita mengamalkan budaya muafakat dan akan bekerjasama sebagai sebuah parti gabungan,” jelas Pandikar.
Beliau yang juga merupakan Presiden USNO itu turut berkata, soal calon pada Pilihanraya Umum Ke-15 kali ini, akan terhasil daripada permuafakatan dan perbincangan sesama di dalam gabungan jelasnya kepada
“Rasanya, tidak perlulah pemimpin dari luar mencalonkan diri kerana kita sudah ada pemimpin sendiri yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia…
“Kita tidak lagi ketandusan pemimpin sehingga perlu membawa masuk pemimpin dari luar daerah (bukan anak jati Kelahiran Kota Belud) pada Pilihanraya kali ini.
Selain pemimpin yang sedia ada di Kota Belud, kita juga ada anak-anak muda yang berpotensi,” jelasnya lagi.
Menurut penganalisis politik tempatan, Kota Belud juga di antara kawasan hitam bagi GRS dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.
Kajian lapangan turut mendapati penyandang ahli Parlimen dari Parti Warisan Puan Isnaraissah Munirah mempunyai kekuatan tersendiri.