RAHMAN DAHLAN MAMPU JADI TPM DARI SABAH – TAN SRI MUSA AMAN

RAHMAN DAHLAN MAMPU JADI TPM DARI SABAH – TAN SRI MUSA AMAN

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Rakyat sekali lagi diberi mandat untuk memilih pemimpin bagi mewakili suara mereka sekali gus nasib negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata oleh itu adalah penting bagi rakyat yang mengundi untuk memilih dengan bijak atau berisiko mengemudi negara ke arah yang salah, menghalang pertumbuhan sosio ekonomi dan memperjudikan kebajikan dan masa depan semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata dengan cara yang sama, rakyat Sabah pptermasuk penduduk Kota Belud mesti mengambil kira siapa yang mereka pilih sebagai Ahli Parlimen mereka untuk mewakili keperluan, keluhan dan janji mereka untuk masa depan yang lebih baik.

“Orang ramai di daerah tersohor ini juga mesti bijak memilih dan oleh itu mereka mesti bersatu dalam menyokong calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana beliau adalah orang yang sesuai untuk jawatan di bawah pakatan BN-GRS dalam hal ini,” katanya semasa ceramah politik yang dihadiri kira-kira 1000 orang di Usukan pada Khamis.

Musa mengingatkan bahawa kepimpinan BN telah menyuarakan hasrat untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sabah jika sekali lagi menawan Putrajaya 19 November ini.

“Saya percaya beliau (Rahman) memenuhi kriteria untuk memegang jawatan penting dalam barisan Kerajaan Persekutuan dan orang yang tepat untuk mewakili suara kolektif rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata Rahman, seoarang ahli parlimen dua penggal adalah pemimpin berpengalaman yang sebelum ini menerajui Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Unit Perancang Ekonomi.

Beliau berkata tahun-tahun di Putrajaya itu membolehkan Rahman membawa pelbagai pembangunan ke Kota Belud iaitu program perumahan 900 orang di Ulu Pirasan, menaik taraf Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Dataran Kota Belud dan Bazar Rakyat.

Beliau berkata bekas ahli parlimen Kota Belud itu juga memainkan peranan penting dalam perancangan awal membangunkan politeknik di daerah itu sebelum PRU14 dan fasa pertama pembangunannya yang menelan belanja RM50 juta diluluskan baru-baru ini.

Musa berkata juga merupakan orang di sebalik pembangunan 150 unit lot kedai di perbandaran baharu Tempasuk, yang dijangka dilancarkan Sabtu ini…

Beliau berkata walaupun tidak menjadi wakil rakyat di Kota Belud selepas PRU14, hati Rahman sentiasa bersama rakyat daerah itu, bekerja di lapangan dan mendorong lebih banyak pembangunan sosioekonomi di kawasan itu.

Beliau berkata Rahman bukan sahaja seorang yang setia kepada parti tetapi akur dengan keputusan pucuk pimpinan, bersetuju untuk bertanding di Sepanggar pada pilihan raya sebelum ini walaupun ia bukan pilihan pertamanya.

“Kita semua tahu ini adalah hari yang menyedihkan baginya tetapi dia menerima keputusan itu dan memberi laluan kepada Datuk Salleh Said Keruak untuk berdiri di Kota Belud. Malangnya kedua-dua Rahman dan Salleh tewas masing-masing di kerusi BN di Sepanggar dan Kota Belud,” katanya.

Beliau menambah Rahman adalah seorang pekerja keras yang mempunyai visi dan kemahiran dalam perancangan strategik dan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata, Rahman tidak asing lagi di Kota Belud kerana kedua ibu bapanya berasal dari daerah itu.

Justeru, beliau menggesa kedua-dua ahli BN dan Gabungan Rakyat Sabah bekerjasama bagi memastikan kemenangan calon pilihan mereka pada PRU15.