Lima Cedera Termasuk Pencuri Kabel Dalam Kemalangan di Tuaran

Lima Cedera Termasuk Pencuri Kabel Dalam Kemalangan di Tuaran

0
SHARE

TUARAN: Lima orang cedera termasuk empat lelaki tempatan dipercayai pencuri kabel dalam kemalangan jalan raya di Kg Berungis melibatkan dua kenderaan, Toyota Hilux Vigo dan Isuzu Invader, baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika Toyota Hilux yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel sedang dikejar polis sebelum melanggar Isuzu Invader.

Empat mangsa berada dalam Hilux dan seorang lelaki berumur 61 tahun dalam Isuzu.

Pasukan bomba Tuaran dengan lapan anggota tiba di lokasi pada 5.01 pagi dan mendapati ada mangsa tersepit sebelum operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh KKM sebelum dihantar ke hospital.

Operasi ditamatkan pada 5.34 pagi selepas keadaan disahkan selamat.