Flat Pasir Putih Uzur, LPPB Digesa Baik Pulih

Flat Pasir Putih Uzur, LPPB Digesa Baik Pulih

0
SHARE

KOTA KINABALU: Keadaan struktur Flat Pasir Putih, Putatan yang semakin uzur menarik perhatian ADUN N.24 Tanjung Keramat; Shah Alfie Yahya yang menggesa tindakan segera daripada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

“Saya ingin membawa suara kegelisahan penduduk mengenai isu penyelenggaraan rumah flat kos rendah… sebagai contoh Flat Pasir Putih, Putatan,” katanya.

Beliau menjelaskan bangunan tersebut kini menunjukkan “tanda-tanda kerosakan yang jelas, terutamanya keretakan bangunan… yang mengancam keselamatan nyawa penduduk.”

Dalam sesi perbahasan DUN Sabah, beliau turut membangkitkan isu keselamatan laluan kereta api di kawasan Putatan, sambil menyokong kajian sistem rel moden dari Putatan ke KKIP dan Pelabuhan Sepanggar.

“Saya mengharapkan agar kementerian turut menjalankan kajian komprehensif terhadap perkhidmatan kereta api sedia ada yang kerap kali terlibat dalam insiden kemalangan,” katanya.

Beliau menegaskan perkhidmatan rel sedia ada perlu dinaik taraf dengan teknologi lebih selamat bagi mengelakkan insiden kemalangan jiwa pada masa hadapan.