Amaran Kesesakan Pelabuhan Sabah, Peniaga Tanggung Beban Kelemahan

Amaran Kesesakan Pelabuhan Sabah, Peniaga Tanggung Beban Kelemahan

0
SHARE

KOTA KINABALU: FMM Sabah memberi amaran kesesakan pelabuhan di negeri ini kini kritikal dan menjejaskan daya saing industri tempatan.

Pengerusinya, Liaw Hen Kong berkata, operasi pelabuhan terganggu dengan kelewatan, pembatalan kapal dan kesesakan kontena yang berpanjangan.

Katanya, situasi diburukkan apabila caj kesesakan dan kenaikan kadar dikenakan bermula 7 Mei, dengan kos sehingga RM1,000 bagi kontena 40 kaki, manakala pengangkut darat dijangka tambah caj RM200 hingga RM300 mulai 15 Mei.

Beliau menegaskan kos tambahan akibat kelemahan operasi pelabuhan kini ditanggung perniagaan, sekali gus menyebabkan kehilangan tempahan dan pelanggan.

Menurutnya, keadaan itu turut mendorong inflasi kos dan kenaikan harga, memberi kesan kepada pengguna serta keuntungan syarikat.

FMM Sabah menggesa kerajaan negeri, MINDET dan SPA mengambil tindakan segera menangani krisis berkenaan.