Sabah-Dalian Perkukuh Kerjasama Ekonomi Biru

Sabah-Dalian Perkukuh Kerjasama Ekonomi Biru

0
SHARE

DALIAN: Sabah dan Dalian memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dan tiga surat hasrat (LOI) melibatkan sektor pendidikan, teknologi, maritim dan ekonomi biru.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick sempena Dialog Interaktif Mengenai Sektor Ekonomi Biru di Dalian, baru-baru ini.

Antara kerjasama dimeterai ialah antara Dalian Maritime University dan Universiti Malaysia Sabah selain projek teknologi air bersama Jetama.

Ewon berkata kerjasama itu mampu memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Sabah dan China khususnya dalam sektor ekonomi biru.

Beliau turut memaklumkan Sabah merekodkan pelaburan sektor pembuatan RM7.6 bilion pada 2025, meningkat 208 peratus berbanding tahun sebelumnya.