RANAU, SABAH – Sepasang suami isteri ditahan polis selepas si suami, di bawah pengaruh dadah bertindak menceroboh dan memecahkan pintu masuk kaca Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin mengesahkan kejadian 9.20 pagi itu.
“Pemandu lelaki melanggar papan tanda berhenti di pondok pengawal dan terus menghentikan kereta di hadapan lobi utama…
“Suspek keluar dan memecahkan pintu kaca menggunakan tong sampah,” katanya.
Anggota bertugas segera menahan suspek dan merujuknya ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.
Simiun berkata isteri lelaki itu turut ditahan juga untuk ujian dadah.
“Ujian air kencing ke atas dua individu berusia 27 tahun dan 33 tahun terbabit mendapati hanya suspek lelaki positif dadah…
“Mereka berdua direman untuk siasatan lanjut manakala kenderaan mereka turut dirampas,” katanya.