Mayat Nelayan Lemas Ditemui Berhampiran Pantai Palakat

Mayat Nelayan Lemas Ditemui Berhampiran Pantai Palakat

0
SHARE
Mayat mangsa diangkat ke darat...(SUmber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

SIPITANG, SABAH – Seorang nelayan yang dikhuatiri hilang ditemui lemas dalam pencarian bermula pukul 7 pagi tadi.

Mohd Iqbal Daud, 43, ditemukan orang awam dalam operasi bersama pasukan keselamatan pada jam 1.50 petang.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mayat ditemui berjarak kira-kira 500 meter daripada kawasan lokasi mangsa memukat di Pantai Palakat sini.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya pada jam 2.13 petang,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan 10 minit selepas itu.