Pekerja Binaan Temui Sebutir Bom Di Beaufort

Pekerja Binaan Temui Sebutir Bom Di Beaufort

0
SHARE

BEAUFORT, SABAH – Pekerja binaan berhampiran Taman Wawasan sini mula berwaspada selepas menemui sebutir bom semasa melakukan kerja pembersihan sekitar pukul 10 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan polis tiba ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Bom terbabit dipercayai sebagia peninggalan Perang Dunia Kedua, jenis ‘Air Drop’ yang digugurkan oleh Tentera British dengan menggunakan pesawat udara namun tidak meletup,” katanya.

Proses memusnahkan bom sepanjang hampir satu meter dan berat lebih 220 kilogram oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu dijadualkan pada hari ini (Isnin).