CHINA – Hampir setiap individu dewasa di dunia ini berkeinginan miliki kenderaan sendiri bagi menjalani kehidupan seharian dan juga memiliki keselesaan dalam hidup mereka masing-masing.
Boleh dikatakan memiliki kenderaan sendiri pada zaman ini lebih kepada keperluan semasa berbanding pada beberapa tahun yang lepas bahawa memiliki kenderaan yang dianggap sebagai kehendak semata-mata.
Tular baru-baru ini di negara China apabila seorang dewasa lelaki membeli sebuah kereta berharga 51,000 yuan (RM33,000) untuk kegunaan anaknya dengan bayaran tunai.
Lebih mengejutkan lagi apabila pembelian kereta yang sering kali dilakukan dengan membuat pinjaman (loan) tidak digunapakai oleh lelaki berkenaan, dia membayar tunai dengan menggunakan duit syiling yang disimpan dalam 10 beg.
Kakitangan premis jualan kenderaan yang terkejut itu tergamam seketika sebelum mereka terpaksa juga untuk menghitung semua jumlah bayaran dalam bentuk duit syiling itu.
Seramai 20 pekerja dipanggil untuk membantu mengira semua duit syiling di dalam 10 beg berkenaan dan berjaya mengira keseluruhan jumlah duit syiling dalam tempoh TIGA (3) jam.
Menurut kakitangan premis jualan kenderaan itu, perkara tersebut adalah pertama kali diuruskannya.
Cerita jual beli kereta dengan pembayaran sejumlah besar duit syiling ini menjadi tular dan mendapat pujian daripada para netizen kerana melayan pelanggan sebaiknya sehingga kereta berjaya dijual kepada pelanggan itu.
Terdapat juga netizen yang mencadangkan agar premis itu menyediakan kaunter pertukaran duit syiling bagi menghadapi perkara sedemikian pada masa akan datang.