PM ISMAIL SABRI KUARANTIN KENDIRI SETELAH BERKONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19

PM ISMAIL SABRI KUARANTIN KENDIRI SETELAH BERKONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjalani kuarantin kendiri (self-quarantine) hari ini setelah dilaporkan berkontak rapat dengan pesakit COVID-19.

Kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi berkata disebabkan itu, Ismail turut tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan.

Istiadat itu dijadualkan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 2.30 petang tadi.

Dalam pada itu Perdana Menteri akan menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos) secara maya.