Kreatif Sabah Sokong Insentif Tambahan Perfileman

Kreatif Sabah Sokong Insentif Tambahan Perfileman

0
SHARE

KOTA KINABALU: Penyerahan memorandum oleh Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF SABAH) kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada Khamis menjadi langkah memperkukuh kerjasama strategik serta memperluas pembangunan industri kreatif di seluruh Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Chester Pang, sempena penutupan bengkel penulisan skrip FINAS, selari dengan sokongan terhadap cadangan Pengerusi FINAS, Dato’ Hans Isaac, untuk menawarkan insentif tambahan 5 hingga 8 peratus oleh Kerajaan Sabah, selain rebat sedia ada 30 peratus di bawah Film in Malaysia Incentive (FIMI), bagi menarik lebih banyak produksi antarabangsa.

KREATIF SABAH komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada FINAS… memastikan pembangunan bakat kreatif sampai ke komuniti luar bandar,” katanya.

Beliau turut menghargai peranan FINAS dalam memajukan industri perfileman Sabah, yang menurutnya berkembang “daripada jualan VCD dan DVD di pasar tempatan… ke layar perak,” sambil menegaskan pencapaian itu “tidak mungkin berlaku tanpa sokongan berterusan daripada FINAS.”