Penubuhan SBSA Satukan Pengamal Bodyguard Anak Jati Sabah

Penubuhan SBSA Satukan Pengamal Bodyguard Anak Jati Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU:Sabah Bodyguard Specialist Association (SBSA) ditubuhkan pada 1 April 2026 sebagai platform menyatukan pengamal pengawal peribadi di Sabah, khususnya anak jati negeri ini dalam bidang keselamatan, close protection dan pengurusan keselamatan profesional.

Persatuan ini memulakan keahlian dengan sekitar 100 ahli terdiri daripada pengamal berpengalaman, bekas anggota keselamatan serta individu aktif dalam industri keselamatan.

Dipimpin oleh Presiden Mohd Yusof Abdullah, SBSA bertujuan memperkukuh profesionalisme, menjaga kebajikan ahli serta membangunkan kerjaya dalam industri pengawal peribadi.

Beliau berkata SBSA juga menjadi medium penyatuan komuniti bodyguard Sabah serta melahirkan pengamal yang lebih profesional, beretika dan berdisiplin.

Antara perancangan awal termasuk program latihan, seminar dan aktiviti kemasyarakatan. SBSA turut bekerjasama dengan M&J Global Training & Services untuk menganjurkan Kursus Bodyguard / Close Protection Operation (CPO) di Sabah pada Mei 2026.

Kursus itu dijangka menjadi platform peningkatan kemahiran serta peluang kepada anak tempatan untuk menceburi bidang keselamatan secara profesional.

Penubuhan SBSA dilihat sebagai langkah memperkasakan industri bodyguard di Sabah serta memperluas penyertaan anak tempatan dalam sektor keselamatan dan close protection.