Bukan Sekadar Persahabatan, Ronaldo Kini Bangunkan Perniagaan Bersama Jutawan Singapura

Bukan Sekadar Persahabatan, Ronaldo Kini Bangunkan Perniagaan Bersama Jutawan Singapura

0
SHARE

LONDON – Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menjalinkan hubungan perniagaan dengan seorang jutawan Singapura iaitu Peter Lim.

Bukan hanya sekadar menjalinkan persahabatan, kini mereka telah mencapai kata sepakat untuk membangunkan usaha sama perniagaan mereka yang baharu, ZujuGP.

Beberapa tahun lalu, syarikat milik Peter, Mint Media menjadi pemilik dan pentadbir semua hak gambar Ronaldo, selain dari yang dihasilkan oleh kelab di mana dia bermain pada waktu tertentu.

Ronaldo baru-baru ini melalui media sosial Twitter miliknya mengumumkan bahawa perniagaan baharunya bersama Peter adalah platform ZujuGP, yang bertujuan untuk menyatukan bola sepak, teknologi dan komunikasi.

“Anda tidak akan pernah melihat bola sepak dengan cara yang sama lagi…

“Daftar untuk ZujuGP dan mulakan perjalanan ini bersama kami,” kata Ronaldo di laman media sosialnya.