Lelaki Intai Wanita Ketika Mandi Ditahan Polis di Tawau

Lelaki Intai Wanita Ketika Mandi Ditahan Polis di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun ditahan polis selepas disyaki menghendap seorang wanita ketika berada di bilik mandi di sebuah rumah di PPR Gudang 4, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, kejadian disedari mangsa apabila wanita terbabit ternampak seorang lelaki tidak dikenali sedang mengintainya ketika berada di dalam bilik mandi sebelum tampil membuat laporan polis.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah pengadu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau bersama Balai Polis Bombalai berjaya mengesan dan menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sehelai baju dan seluar yang disyaki digunakan suspek semasa melakukan perbuatan menghendap tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan.