WARISAN Umum Senarai Penuh Calon PRU-15

WARISAN Umum Senarai Penuh Calon PRU-15

0
SHARE
Majlis Pengumuman dan Penyerahan Tauliah Calon-Calon Bertanding Mewakili Parti Warisan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Pada PRU15 dan PRK Bugaya bertempat di Magellan Sutera...(Sumber Foto: Ihsan WARISAN)

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini telah mengumumkan senarai penuh 26 calon termasuk satu kerusi Parlimen Labuan bagi berentap dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shafie membuat pengumuman terbabit dalam Majlis Pengumuman dan Penyerahan Tauliah Calon-Calon Bertanding Mewakili Parti Warisan bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Pada PRU15 dan PRK Bugaya bertempat di Magellan Sutera, hari ini.

Dalam pengumuman terbabit, Shafie kekal mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dan enam penyandang lain turut dikekalkan.

Antaranya ialah Datuk Darell Leiking (Penampang); Datuk Mohd. Azis Jamman (Sepanggar); Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud); Ahmad Hassan (Papar); Ma’mun Sulaiman (Kalabakan) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).

Selain itu, antara nama calon lain yang diumumkan adalah Abdul Rashid Abdul Harun (Kudat); Datuk Jilid @ Zainuddin Kuminding (Kota Marudu); Jo-anna Sue Henley Rampas (Tuaran);Amanda Yeo Yan Yin (Kota Kinabalu); Ahmad Mohd. Said (Putatan); Dr Daud Yusof (Kimanis) Masri Adul (Beaufort) dan Datuk Adnan Puteh (Sipitang).

Selain itu, calon yang diumumkan adalah Markos Siton (Ranau); Rasinin Koutis @ Kautis (Keningau); Ukim Buandi (Tenom); Siti Noorhasmawatty Osman (Pensiangan); Rowiena Rasid (Beluran); Sh Bokrata Sh Hassan (Libaran); Alias Sani (Batu Sapi) Alex Thien Ching Qiang (Sandakan); Mohd Ismail Ayob (Kinabatangan); Datuk Mohammad Yusof Apdal (Lahad Datu) Chen Ket Chuin (Tawau).

Bagi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya pula, Jamil Hamzah dinamakan sebagai calon yang bakal mewakili WARISAN.