Sabah Alu-Alukan Peluang Kerjasama Strategik Dengan Norway

Sabah Alu-Alukan Peluang Kerjasama Strategik Dengan Norway

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan peluang kerjasama strategik antara Sabah dan negara Scandinavia, Norway dalam pelbagai sektor berpotensi tinggi.

Perkara itu disampaikan beliau semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Norway ke Malaysia, Marianne Fosland di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Hajiji berkata, Sabah komited terhadap agenda pembangunan lestari dan sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik khususnya dalam bidang ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan pembangunan teknologi.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi ekopelancongan bertaraf antarabangsa selain potensi kerjasama promosi pelancongan antara Eropah dan Sabah.

Fosland turut diiringi Timbalan Ketua Misi Norway ke Malaysia, Knutt Granli.