Isirung Sawit Bernilai Lebih RM600,000 Dirampas di Lahad Datu

Isirung Sawit Bernilai Lebih RM600,000 Dirampas di Lahad Datu

0
SHARE

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu merampas sejumlah besar isirung kelapa sawit (kernel) bernilai lebih RM600,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, pada Selasa.

PPM Wilayah 4 Sabah memaklumkan, dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menyita beberapa aset yang dipercayai digunakan bagi aktiviti penyimpanan dan pengendalian isirung kelapa sawit tanpa lesen yang sah.

Bagaimanapun, beberapa pekerja dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa.

Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

PPM Wilayah 4 Sabah memaklumkan, sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 11 kes di bawah akta berkenaan telah direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM8.7 juta serta 25 tangkapan.

Menurut PPM, pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang demi melindungi kepentingan industri komoditi negara.