Nazatul 24 Tahun Hilang Selepas Kali Terakhir Dikesan di Kota Kinabalu

Nazatul 24 Tahun Hilang Selepas Kali Terakhir Dikesan di Kota Kinabalu

0
SHARE

SEMPORNA: Seorang wanita berusia 24 tahun, Nazatul Hamiezah Ab Garang@Rosdy, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dikesan berada di Kota Kinabalu pada 2 November lalu.

Menurut kenyataan Polis Daerah Semporna semalam, wanita berkenaan gagal dihubungi ibunya kira-kira jam 11.33 pagi pada hari kejadian selepas lokasi terakhirnya diketahui berada di Kota Kinabalu.

Hebahan orang hilang itu turut memaklumkan bahawa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan Nazatul diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jamal Tampak menerusi talian 013-2111667.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Balai Polis Semporna menerusi talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak polis mengesan wanita berkenaan.