ADUN BANDAU WETROM BAHANDA SAH SERTAI PKDM

ADUN BANDAU WETROM BAHANDA SAH SERTAI PKDM

0
SHARE
Presiden Parti Kesejahtetaan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony (tengah) bergambar bersama barisan pimpinan tertinggi parti selepas sidang media di Dewan Hakka...

KOTA KINABALU, SABAH – Spekulasi berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda dalam politik telah terjawab apabila beliau mengumumkan menyertai dalam Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) secara rasmi.

Wetrom dalam satu sidang media khas malam ini juga menyatakan beliau telah bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu atas tiket PKDM.

Mengulas lanjut, tujuan beliau menyertai parti tersebut kerana menyifatkan perjuangan PKDM adalah amat serasi serta bertepatan dengan perjuangan dan aspirasi rakyat Kota Marudu.

“Apabila kita berbincang di akar umbi dan juga rakyat di Kota Marudu, saya mendengar hasrat mereka…perjuangan KDM lebih serasi dengan perjuangan kita…

“Sebab itu akhirnya saya memutuskan memilih untuk bersama dan berjuang bersama PKDM dan juga secara keseluruhannya untuk rakyat di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perkara tersebut dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Makan Malam Solidariti Bersama Pemimpin PKDM bertempat di Dewan Hakka, di sini, malam ini.

Turut hadir dalam sidang media terbabit, Presiden PKDM Datuk Peter Anthony.

Wetrom turut berkata beliau juga telah menghantar pemakluman rasmi berkenaan peletakan jawatan sebagai ahli dari BERSATU dan juga Pembantu Menteri.

Menurutnya, pemakluman rasmi itu dihantar kepada kepada Ketua Menteri Sabah yang merangkap Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor…

Sebelum ini, satu pautan telah tular di laman media sosial di mana Wetrom telah dilihat menghadiri program anjuran Parti Warisan Sabah (WARISAN) di Matunggong, Kudat, baru-baru ini.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Setiausaha Sulit Datuk Wetrom Bahanda tampil berkata bahawa Wetrom ketika itu sebenarnya belum membuat sebarang keputusan, beliau hanyalah seorang ahli DUN Bebas dan hanya hadir bersama Warisan kerana telah dijemput oleh Presiden Warisan serta cuba dipujuk dengan dijanjikan sesuatu demi untuk menjadi menjadi ahli parti Warisan.

Menurutnya lagi, khabar angin bahawa Wetrom membuat keputusan keluar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kononnya telah masuk memilih Parti Warisan hanya ‘retorik’ Parti Warisan Sabah (WARISAN) semata-mata.