ADUN Perlu Wujudkan Kerjasama Erat Dengan NGO Bantu Masyarakat

ADUN Perlu Wujudkan Kerjasama Erat Dengan NGO Bantu Masyarakat

0
SHARE
Ketua Gerakan Pegawai Perhubungan Masyarakat Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) Sandakan, Estiban Asula...

SANDAKAN, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sama ada di blok kerajaan atau pembangkang perlu bekerjasama erat dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu masyarakat setempat.

Ketua Gerakan Pegawai Perhubungan Masyarakat Pertubuhan Prihatin Rakyat Sabah (PPRS) Sandakan, Estiban Asula berkata, politik di negeri ini harus matang melalui jalinan kerjasama dengan NGO di di negeri ini.

Katanya, politik hari ini harus ditukar untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan membantu rakyat di kawasan masing-masing.

“Ahli-ahli politik perlu bekerjasama dengan NGO di Sabah ini agar segala masalah yang dihadapi rakyat dapat dibantu dan diselesaikan…

“Jadi, mana-mana ADUN sama ada dalam kerajaan atau blok pembangkang diharap dapat bekerjasama kepada NGO khususnya untuk membantu masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya lagi, menerusi kerjasama ini sekali gus dapat membantu kerajaan mencapai misi atau dasar yang ditetapkan.

“Barulah misi Sabah Maju Jaya dapat diselaraskan untuk membantu rakyat serta pembangunan ekonomi di sabah ini,” katanya.