UMNO, GRS Disaran Kerjasama Hadapi PRN Sabah Akan Datang

UMNO, GRS Disaran Kerjasama Hadapi PRN Sabah Akan Datang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – UMNO dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disaran untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, umum mengetahui di peringkat Persekutuan UMNO dan GRS bersama-sama membentuk kerajaan Perpaduan.

“Sudah tentu kerjasama di peringkat negeri tidak akan menimbulkan masalah malahan kedua parti ini pernah bersama-sama mengharungi PRN Sabah ke-16…

“Walaupun beberapa orang wakil rakyat UMNO menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini namun harus diingat dalam masa yang sama barisan kabinet negeri, Sabah UMNO mempunyai wakil di dalamnya malahan Timbalan Ketua Menteri datangnya dari UMNO, iaitu Datuk Shahelmey Yahya),” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebagai seorang bekas aktivis akar umbi UMNO, masa depan rakyat sepatutnya dikehadapankan oleh kepimpinan UMNO Sabah sambil membelakangkan sejarah lalu dan mengorak langkah ke hadapan demi rakyat dan negeri Sabah.

“Saya juga difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan pandangan agar UMNO melalui Barisan Nasional (BN) bersama-sama GRS dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasamasa menghadapi PRN-17 malahan perbincangan di peringkat tertinggi juga dikatakan telah bermula…

“Sayugia ini adalah platform yang terbaik untuk Sabah sambil berharap selepas PRN ke-17 masalah utama rakyat Sabah seperti jalan berlubang, air, elektrik termasuk tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan secara tuntas oleh ketiga pimpinan gabungan parti tersebut,” tegasnya.