LIGS SUMBANG RM2 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI: KM HAJIJI

LIGS SUMBANG RM2 JUTA KEPADA KERAJAAN NEGERI: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima sumbangan RM2 juta daripada Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Sabdil Tanjong dan Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) agensi dibawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Pengurus Besar LIGS, Sabdil Tanjong bersama Pengerusi LIGS, Datuk Edward Linggu serta ahli-ahli lembaga pengarahnya semasa mengadakan kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Selasa.

Menurut Sabdil, jumlah sumbangan itu meningkat sebanyak 33 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.

Katanya, sumbangan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan LIGS yang baik pada tahun 2023 dan manifestasi semangat LIGS untuk berkongsi hala tuju untuk membangunkan negeri Sabah.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Konsul Republik Indonesia di Tawau, Bapak Aris Heru Utomo di pejabatnya, hari ini.

Aris yang sebelum ini bertugas sebagai salah seorang Direktor Badan Pembinaan Ideologi Pancasila Republik Indonesia (The Pancasila Ideology Development Agency) menggantikan Ibu Heni Hamidah.