Daerah Kota Kinabalu Penyumbang Kepada Peningkatan Angka Kes Baharu Positif COVID-19 Di...

Daerah Kota Kinabalu Penyumbang Kepada Peningkatan Angka Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 28 Jun 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan peningkatan 68 kes baharu positif COVID-19 daripada sebelum ini yang mana telah membawa kepada 258 KES kelmarin, (Isnin).

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, berlaku peningkatan kes baharu positif yang tinggi di daerah Kota Kinabalu, Kudat dan Keningau.

Sebanyak 71 kes dicatatkan di daerah Kota Kinabalu pada hari ini.

“Daripada jumlah tersebut 30 kes adalah daripada Saringan Kluster Sedia Ada iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (Penjara Kepayan) sebanyak (27) kes, Kluster Samedra dua (2) kes dan Kluster Jalan Bundusan satu (1) kes…

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes di Kota Kinabalu ialah (18) kes berpunca dari Saringan Bersasar, (12) kes dari Saringan Kontak Rapat dan (11) kes berpunca dari Pelbagai Saringan,” katanya.

“Bagi 36 kes di daerah Kudat pula, (19) kes berpunca dari Saringan Kontak Rapat, (16) kes dari Saringan Bersasar dan satu (1) kes dari Saringan Bergejala…

“Manakala bagi Keningau yang mencatatkan (23) kes pada hari ini keseluruhannya berpunca daripada Saringan Kluster Kuarters Bata Durok, iaitu kluster yang berpunca dari kilang bata di Keningau,” tambah beliau.

Datuk Masidi Manjun…

Dalam pada itu tujuh (7) lokaliti diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ini termasuk Kampung Linukaan di Kota Marudu, Kampung Timbagan, Matunggong, Kampung Perpaduan Gumpa dan Kampung Perpaduan 2 di Kudat, Rumah Pekerja Ladang Sungai Balung di Tawau, Kuarters Kilang Bata Kampung Durok dan Kampung Limbawan Sayur di Keningau, dan Kampung Pondo di Pulau Gaya, Kota Kinabalu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan tersebut berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” jelas beliau.