Video MalaysiaKini: “Rakaman Perbualan Telah Disunting, ‘Whistleblower’ Tawar Sumbangan, Saya Jawab Tiada...

Video MalaysiaKini: “Rakaman Perbualan Telah Disunting, ‘Whistleblower’ Tawar Sumbangan, Saya Jawab Tiada Keperluan” – Masidi

0
SHARE

KOTA KINABALU: “Saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting,” demikian ulasan Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun berhubung video disiarkan oleh MalaysiaKini yang mengaitkan beliau.

“Saya merujuk kepada video ‘whistleblower’ yang mengaitkan saya yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.

“Sekadar untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting. 

“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300 ribu yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata, beliau mengalu-alukan sebarang siasatan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan keatas dakwaan ini oleh pihak yang berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat,” tegasnya.

Hari ini, MalaysiaKini telah menyiarkan video rakaman perbualan ‘whistleblower’ dengan Masidi mengenai isu tawaran wang.