Malaysia – Indonesia Bincang Kerjasama Dalam Pembangunan Koperasi, PMKS

Malaysia – Indonesia Bincang Kerjasama Dalam Pembangunan Koperasi, PMKS

0
SHARE
Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

PUTRAJAYA, SELANGOR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick semalam mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah, Teten Masduki berkaitan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Memetik sumber Bernama, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam kenyataan memaklumkan ia susulan pertemuan kedua-dua menteri berkenaan di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, Ewon percaya pertemuan berkenaan dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) seperti dipersetujui semasa mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) ke-17 lalu.