Agensi Nombor Ramalan, Kelab Lumba Kuda Dibenarkan Beroperasi Semula Hari Ini

Agensi Nombor Ramalan, Kelab Lumba Kuda Dibenarkan Beroperasi Semula Hari Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah membenarkan agensi nombor ramalan dan kelab lumba kuda untuk mula beroperasi semula hari ini (Selasa).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga selaku Jurucakap COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kebenaran itu untuk operator perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sahaja.

“Ia selaras dengan kelulusan MOF untuk membenarkan operator perjudian di bawah Lembaga Totalisator Malaysia untuk beroperasi mulai 15 September (Rabu)…

“Adalah diingatkan bahawa semua pekerja dan pelanggan untuk aktiviti ini hendaklah telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera,” tegasnya.

Datuk Masidi Manjun…

Dalam pada itu beliau memperincikan ‘Kluster Ladang Desa Jerocco 2’ di Kinabatangan yang dikesan kelmarin berpunca dari seorang penyelia ladang.

“Kes indeks bagi kluster jenis tempat kerja iaitu di ladang sawit seorang lelaki, warganegara Indonesia, 39 tahun, yang disahkan positif COVID-19 oleh klinik panel ladang setelah bergejala sejak 1 September…

“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 54 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan positif COVID-19,” katanya.