
PENAMPANG, SABAH – Keprihatinan orang awam berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak wanita yang dipercayai bersendirian dalam sebuah kenderaan (kereta) terbiar sejak tiga hari lalu di Taman Suria kelmarin (13 Sept).
Difahamkan, kanak-kanak wanita yang hanya dikenali sebagai ‘Sarah’ berusia lebih kurang 10 tahun itu telah dibawa orang awam ke Balai Polis Penampang untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan sementara waktu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri itu dipercayai berbangsa Suluk berdasarkan pertanyaan lisan yang diajukan kepadanya.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali penama sila hubungi IPD Penampang di talian 088 712222 atau terus ke Balai Polis Penampang,” katanya.