“Ambil Barang Seberapa Banyak Yang Awak Mahukan Untuk Bantu Mangsa Banjir,” –...

“Ambil Barang Seberapa Banyak Yang Awak Mahukan Untuk Bantu Mangsa Banjir,” – Pesan Bos Mydin Kepada Khairul Aming

0
SHARE
Kredit Foto: RotiKaya

KUALA LUMPUR: “Awak boleh ambil barang seberapa banyak yang awak mahukan. Tak perlu hantar orang nak bayar guna kad kredit ke apa.

“Awak cuma berikan pada saya berapa limit belanja dalam RM20,000 ke Rm50,000 atau pun RM100,000. Lepas habis banjir nanti awak bayarlah, takpe. Kita percaya Khairul Aming,” demikian pesan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin kepada pempengaruh media sosial Khairul Aming (KA).

Pesanan itu bagi memudahkan urusan KA dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa terjejas banjir di negeri Kelantan, memetik RotiKaya.

Menerusi video dikongsikan di media sosial, memaparkan perbualan diantara Pengarah Urusan Mydin iaitu Datuk Ameer dengan Khairul Aming.

Dalam panggilan tersebut, Datuk Ameer memberi kebenaran buat Khairul dan pasukannya untuk mengambil setiap barang keperluan buat mangsa banjir tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Datuk Ameer turut menyumbangkan barangan dari pasarayanya berjumlah RM5,000 kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Mydin Prihatin.

“Saya sumbangkan lagi RM5,000 barang kepada Mydin Prihatin,” katanya.

Pada masa sama, Khairul Aming turut menitipkan ucapan terima kasih di atas bantuan diberikan buat Datuk Ameer dan pengasas Mydin itu juga turut membalas dengan ucapan terima kasih juga atas usahanya.