KOTA KINABALU: Bekas pemain dram untuk kumpulan My Chemical Romance, Bob Bryar, telah meninggal dunia dalam keadaan reput di rumahnya di Tennessee, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Bob, 44, dilaporkan ditemukan oleh pengawal haiwan yang datang ke rumahnya untuk mengambil dua ekor anjing. Namun mereka menemui mayat mendiang dalam keadaan sudah mereput.
Tiada punca kematian atau maklumat lanjut dikongsi.
Jurucakap My Chemical Romance dalam sebuah kenyataan berkata kumpulan itu meminta kesabaran dan pemahaman peminat sedang mereka memproses berita pemergian Bob.
My Chemical Romance, yang ditubuhkan di New Jersey pada awalnya, merancang untuk sebuah ‘tour’ pada 2025.
Walau bagaimanapun, Bob dilaporkan tidak terlibat dalam gelaran terbaru kumpulan itu.
Dia adalah sebahagian daripada kumpulan itu antara 2004 dan 2010, semasa penciptaan dan pelancaran album ketiga mereka yang paling berjaya iaitu The Black Parade.
Bob mengundur diri daripada kumpulan itu pada 2010 dan bersara dari muzik pada 2014 kerana mahu menceburi bidang hartanah dan penyelamat haiwan.