‘Mencintaimu’ Kolaborasi Single Terbaru Rudy Bersama Influencer TikTok David Totorial

‘Mencintaimu’ Kolaborasi Single Terbaru Rudy Bersama Influencer TikTok David Totorial

0
SHARE

KOTA KINABALU: Penyanyi muda tempatan Sabah, Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi kini telah menghasilkan sebuah single kolaborasi trio dengan seorang Influencer TikTok Sabah, David Totorial atau nama sebenarnya Evid Tamasing.

Single yang berjudul ‘Mencintaimu’ itu menceritakan tentang seorang lelaki yang berada dalam dilema kerana pasangan yang curang namun tetap bertahan dan terus mencintai pasangannya. 

Rudy Zil selaku produser berkata ‘’ lagu ini saya hasilkan nyanyian saya dan David secara spontan sebelum rakaman dibuat, namun saya merasakan ada rangkap yang sesuai dengan vokal perempuan. 

“David yang mengenali Ester – penyanyi perempuan muda Sabah, mencadangkan untuk mengambil bahagian vokal perempuan itu,” katanya.

David aktif di TikTok sejak awal 2023 sehingga kini. Platform tersebut turut digunakan untuk mempromosi perniagaannya.

“TikTok merupakan tujuan utama saya bagi memperkenalkan kepada masyarakat tentang perniagaan saya supaya lebih mudah buat bisnes’’. Kata David.

Baru-baru ini David telah memenangi Anugerah KNKV VIRAL AWARD 2024 dan telah mendahului calon lain pada malam itu seperti Ryan Bakery, Dato’ Aliff Syukri, Pak Mat Western dan Boss James bagi kategori Best National Original Comedy dengan undian tertinggi.

Rudy berkata, beliau mulai mengenali David sebagai influencer di Sabah dan selalu mengikuti perkembangan David di TikTok.

“Pada satu masa saya telah menghasilkan lagu kaamatan untuk duet dan saya telah melamar David melalui akaun Tiktoknya. David bersetuju untuk berduet,tdari situ kami telah berbincang dan merakamkan lagu kaamatan tersebut dan meneruskan projek lain hingga terhasillah kolaborasi untuk berduet lagu ‘Mencintaimu’,” kata Rudy.

Rudy Zil aktif dalam nyanyian serta penciptaan lagu dan lirik di Sabah dan telah meriliskan beberapa buah single sebelum ini di mana semua karyanya ditadbir oleh Luncai Emas.

“Such a beautiful song for those yang sedang mempertahankan cintanya. Thankfully saya berpeluang menyertai David dan Rudy dalam single terbaru mereka. Harapan kedepannya semoga lebih banyak projek bersama.” kata Ester.

Single ini telah pun dilancarkan di saluran youtube Luncai Emas. Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes.

Semoga single ini dapat menambat hati para peminat, para media dan dapat menarik perhatian masyarakat luar khususnya generasi baru juga.