Anak Ketua Menteri Nafi Penglibatan Kartel Dadah, Buat Laporan Polis Atas Fitnah

Anak Ketua Menteri Nafi Penglibatan Kartel Dadah, Buat Laporan Polis Atas Fitnah

0
SHARE
Ghazali
Reza (tengah) bergambar bersama laporan yang polis yang baru dibuat di IPD Tuaran ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook Ghazali Hajiji )

KOTA KINABALU, SABAH – Anak Ketua Menteri Sabah, Mohammad Reza Hajiji, hari ini membuat laporan polis selepas difitnah penglibatannya dalam kartel dadah Sabah yand dilumpuhkan pihak polis pada Disember tahun lalu.

Menurut laporan polis yang dibuat, lelaki berusia 41 tahun itu berkata catatan itu mengaitkan namanya bersama sepuluh individu lain yang ditahan dan disiasat kerana menjadi pengikut ketua kartel ‘Dato’ Uppik.

“Laporan dibuat untuk menafikan dakwaan tidak berasas itu dan memberitahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar menjalankan siasatan susulan bagi mengesan pelaku.

“Tuduhan ini telah menjejaskan reputasi dan nama baik saya,” jelas dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Tuaran.

Sementara itu, adiknya, Ghazali Hajiji dalam satu catatan Facebook berkata: “Kalau tiada modal jangan buat cerita”.

“Berhenti menyebarkan fitnah. Tidak guna di luar suci tapi di hati busuk,” katanya.

Ghazali berkata perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu atau kumpulan di sebalik fitnah terbabit.