Angkara Trend TikTok, Pelajar Pukul Kepala Guru

Angkara Trend TikTok, Pelajar Pukul Kepala Guru

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LANCASTER, AMERIKA SYARIKAT – Hanya ingin mengikuti trend semasa pada aplikasi TikTok, murid sekolah di sini bertindak memukul guru mereka sendiri.

Memetik portal Daily Star, seorang murid di Carolina Selatan telah menyerang seorang guru dengan memukul pada bahagian belakang kepala gruu berkenaan selepas terpengaruh dengan trend TikTok itu yang mana mereka perlu menerima cabaran (challenge) untuk memukul kakitangan sekolah.

Terkini, sekolah Daerah Lancaster telah mengeluarkan amaran mengenai trend terbaharu yang menular dalam kalangan pelajar itu.

“Terdapat kes pelajar sekolah rendah menyerang seorang guru dengan memukul bahagian kepala guru tersebut…

“Sikap sebegini adalah sama seperti mencuri serta merosakkan harta benda awam, dan ia bukan satu gurauan, sebaliknya tindakan jenayah,” kata Pengarah Keselamatan Sekolah dan Perkhidmatan Pengangkutan, Bryan Vaughn.

Tambah Vaughn, mana-mana pelajar yang didapati menyerang pekerja sekolah secara fizikal perlu bertanggungjawab dari segi undang-undang dan polisi sekolah.

Dalam pada itu, beberapa sekolah lain di AS turut mengeluarkan amaran mengenai trend berbahaya itu susulan terdapat banyak video memaparkan trend itu menjadi tular.

“Memukul guru adalah perbuatan yang amat serius. Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan ini kerana ia boleh membawa kepada akibat yang serius,” kata jurucakap sekolah-sekolah awam di Pittsburgh, Ebony Pugh.