Awang Ahmad Sah Bersama 1,370 Peserta Semarak Maulidur Rasul Putatan

Awang Ahmad Sah Bersama 1,370 Peserta Semarak Maulidur Rasul Putatan

0
SHARE

PUTATAN: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari bersama 1,370 peserta dan pengunjung menyemarakkan Mahrajan Kesenian Islam dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Putatan 1448H/2026M di Masjid Daerah Putatan, pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,280 pelajar menyertai perarakan, manakala 67 peserta mengambil bahagian dalam Mahrajan Kesenian Islam.

Awang Ahmad Sah yang juga ADUN Petagas, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga sambutan Maulidur Rasul terus menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mendorong kita menghayati akhlak dan teladan Baginda dalam kehidupan,” katanya.

Turut hadir ialah, ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya merangkap Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd; Pegawai Daerah Putatan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Masawi Salleh; serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Ahmad Helmy Mohd Taib.

Program itu turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada para pemenang serta peserta Mahrajan Kesenian Islam.