Bank Rakyat Laksana Program CSR Di 3 Sekolah Rendah Penampang

Bank Rakyat Laksana Program CSR Di 3 Sekolah Rendah Penampang

0
SHARE
Ewon
Ewon menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan pakaian seragam sekolah daripada wakil Bank Rakyat kepada wakil sekolah rendah ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

PENAMPANG, SABAH – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kepada 652 murid sekolah dari tiga buah sekolah rendah di kawasan Penampang.

Sumbangan berupa baju seragam sekolah itu disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada SK Sugud, SK Putaton dan SK St Theresa Inobong.

Ketika berucap pada majlis itu Ewon berkata, beliau akan mengadakan siri perjumpaan dengan semua pengetua dan guru besar sekolah d kawasan Parlimen Penampang selepas sesi baharu persekolahan bermula.

“Selain program kecemerlangan akademik dan sukan, dan selain program CSR membantu sekolah-sekolah, saya ingin melihat bagaimana pembudayaan keusahawanan dapat dipupuk di kampus-kampus sekolah,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat dan semua agensi di bawah kementeriannya kerana berjaya melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.

“Antaranya Program Back To School anjuran UDA Holdings Berhad, IKMA dan kini giliran Bank Rakyat.

“Ini menunjukkan kementerian dan agensi amat prihatin terhadap keperluan semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah,” katanya.