KOTA KINABALU, SABAH – Bau busuk yang keluar dari sebuah rumah di Flat Taman Kepayan Ridge sini membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas.
Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu telah dipanggil untuk memecahkan pintu rumah berkenaan menggunakan peralatan khas pada jam 10.20 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa merupakan seorang wanita berumur 65 tahun.
“Beliau ditemui di dalam rumah berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis yang turut berada di lokasi,” katanya.





