Pegawai Daerah Kota Marudu Isytihar Gelombang Banjir Kedua

Pegawai Daerah Kota Marudu Isytihar Gelombang Banjir Kedua

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA MARUDU, SABAH – Gelombang banjir kedua diisytiharkan bagi daerah ini setelah paras air disahkan telah mencecah paras bahaya di kawasan Kampung Beliajung pada jam 4.15 petang hari ini.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana (Banjir) Daerah Kota Marudu, Alexander Yong berkata, semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sesuai dengan situasi.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir Kota Marudu telahpun diaktifkan sebelum ini dan secara rasminya digerakkan sepenuhnya…

“Semua petugas jabatan diminta bertugas sesuai tugas dan jadual yang telah ditetapkan.

“Saya mengarahkah agar operasi penyelamatan dan pemindahan mangsa di lapangan dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut laporan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat jam 8 malam, sejumlah 73 orang individu merangumi 17 buah keluarga dari Kampung Beliajung telah dipindahkan ke PPS Dewan SK Taritipan.

Katanya antara kawasan kampung berhampiran yang terjejas akibat hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi ialah Kampung Asin-asin, Tingkalanon, Tongkungon, Taritipan dan Morion.

Anggota APM sedang menjalankan operasi pemindahan di kawasan Kota Marudu…

 

“Jalan Langkon Pitas menuju ke Kampung Asin-asin terputus manakala jalan menuju ke Kampung Tangkalanon dan Morion hanya boleh dilalui kenderaan berat…

“Pasukan terdiri daripada pihak Bomba, Polis dan APM telah membuat pemantauan di kampung-kampung yang telah di naiki air.

“Operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat,” katanya.