Jauteh Dikun Dilantik Sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu

Jauteh Dikun Dilantik Sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, secara rasminya memperkenalkan timbalannya yang baharu dilantik, Datuk Jauteh Dikun kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Jauteh menggantikan Datuk Mazli Mazlan yang menjawat jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Jenayah Bukit Aman pada 29 November lalu.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Sapii Ahmad yang mengambil jawatan lama Jauteh.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertemu dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah (tengah) dan timbalannya Datuk Jauteh Dikun di Menara Kinabalu…