Guru Boleh Berpolitik, Tetapi Jangan Abaikan Pendidikan Anak-Anak – Dr. Joachim

Guru Boleh Berpolitik, Tetapi Jangan Abaikan Pendidikan Anak-Anak – Dr. Joachim

0
SHARE
Dr Joachim (kiri) menyantuni Pengerusi JPKK selepas merasmikan program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim, di Dewan SK Melinsau, Ulu Sugut Ranau...

RANAU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam menyambut baik keputusan Kerajaan yang diumumkan baru-baru ini mengenai kebenaran penglibatan guru dalam politik tetapi berharap pendidikan anak-anak terus diutamakan.

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pengetua dan guru besar sebagai ketua sekolah memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan setiap guru-guru di sekolah.

“Saranan saya, sungguhpun Kerajaan memberikan kebenaran untuk guru-guru melibatkan diri dengan politik, jangan abaikan pendidikan anak-anak,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Kalau guru-guru ingin berpolitik, guru besar kena pastikan bahawa tugas utama sebagai pendidik tidak terabai…

“Masa depan anak-anak dan kampung juga yang tergadai. Ini adalah satu kerugian kepada negara dan kepada Sabah khususnya,” tambahnya.

Dr. Joachim berkata demikian semasa berucap di Program Pemantapan Pemimpin Peringkat Kampung Mukim Melinsau di sinisemalam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru besar sekolah yang memberi kerjasama dalam memberikan kebenaran bangunan sekolah digunakan untuk tujuan perbincangan pembangunan kampung.

Dalam kawasan DUN Kundasang terdapat sebanyak empat sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan 24 sekolah kebangsaan (SK).