MyVi Terbalik, Tiga Sekeluarga Parah

MyVi Terbalik, Tiga Sekeluarga Parah

0
SHARE
Keadaan kereta Myvi yang terbalik. - Foto Ihsan Bomba...

KUALA PENYU, SABAH – TIGA (3) sekeluarga parah apabila kenderaan jenis Myvi dinaiki mereka terbabas dan terbalik di bahu jalan berhampiran SK Kampung Brunei Membakut di Jalan Bandau sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi dalam insiden 9.20 malam itu.

Kenderaan terbabit dipandu oleh ketua keluarga yang dikenali sebagai Mohd Fazril ,36, yang dinaiki isterinya, Livian, 25, dan seorang anak lelaki, Haikal, 9.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans sebelum ketibaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dilokasi…

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10.51 malam,” katanya dalam satu kenyataan.